class="cssstyle-style1 respmenu-type-sfmenu col12"id="all">

Rapid Startup School latih 480 usahawan setahun

on 16 Oktober, 2013

KUALA LUMPUR, Malaysia Oktober 16 (Berita Harian) - Program latihan dan pemacu syarikat permulaan Malaysia yang dikenali sebagai Rapid Startup School, yang dilaksanakan secara bersama oleh Locomo Sdn Bhd dan Plug & Play Technology Holding, dijangka melatih 480 usahawan tempatan setahun.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Locomo, Rizal Alwani Mohamed Nordin, berkata Rapid Startup School akan mempunyai enam pusat zon atau sub-inkubator di bandar utama seluruh Malaysia.

Usahawan terpilih adalah antara 480 yang akan dihantar ke Arizona State University untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai keusahawanan dan akan ditawarkan peluang untuk memperluaskan perniagaan mereka di AS.

“Kami mempersiapkan mereka selama setahun. Apabila mereka bersedia, kami akan menghantar usahawan terpilih ke Arizona State University,” katanya selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Locomo, Plug & Play Technology Holdings dan Arizona State University (ASU) SkySong Center for Entrepreneurship di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada majlis itu Locomo diwakili Rizal, manakala Plug & Play Technology dan Arizona State University SkySong Center for Entrepreneurship masing-masing diwakili Ketua Eksekutifnya, Shahril Anwar Mohd Yunos dan Pengarah Jim Cook.

Pemeteraian MoU itu disaksikan Setiausaha Perdagangan AS Penny Pitzker dan Pengerusi Plug & Play Technology Holdings Datuk Mohamed Yunus Ramli Abbas.

Locomo adalah syarikat persendirian dengan perniagaan utamanya dalam penyediaan keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta perkhidmatan memacu pengkomersialan.

Syarikat berkenaan, pemegang lesen serantau bagi program ASU Rapid Startup School, sudah melatih lebih 120 usahawan dan 240 penyelidik daripada universiti tempatan.

Plug & Play Technology, subsidiari Kumpulan Modal Perdana, menghasilkan perolehan syarikat inkubasi sebanyak RM34 juta sejak lima tahun lalu bagi syarikat baharu bermula di bawah inkubasinya. - BERNAMA

Real time web analytics, Heat map tracking