Kerajaan Azam Ada 50 Syarikat IC Menjelang 2020, Kata Mustapa

on 17 October, 2013

PETALING JAYA, 17 Okt (Bernama) -- Kerajaan berhasrat mempunyai 50 syarikat litar bersepadu (IC) menjelang 2020, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

"Kita mahu memberi tumpuan lebih kepada sektor-sektor khusus yang mempunyai lebih banyak hartanah tambah nilai dan lebih menguntungkan berbanding pembuatan.

"Syarikat seperti Symmid Corporation serius dalam membangunkan generasi akan datang pekerja berkemahiran tempatan," kata beliau kepada pemberita ketika melawat Symmid Corporation Sdn Bhd di sini Khamis.

"Syarikat membayar pekerjanya yang berpengetahuan tinggi sekitar RM6,000 dan sehingga RM16,000 setiap bulan," kata Mustapa.

Pada masa ini, terdapat hanya 27 syarikat IC di dalam negara.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha kementerian untuk merapatkan penglibatan dengan sektor swasta dan mendapatkan pandangan cara-cara menarik dan menggalakkan pelaburan semula oleh syarikat-syarikat.

Beliau berkata 15 peratus daripada jumlah pekerja syarikat ialah pekerja berpengetahuan terdiri daripada graduan lepasan universiti tempatan.

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Symmid Corporation Steve Liew berkata pendapatan syarikat hampir mencecah tiga kali ganda kepada RM13 juta tahun ini berbanding RM4.5 juta tahun lepas.

Symmid Corporation ialah 60 peratus dimiliki Altis International berpangkalan di Perancis manakala baki 40 peratus oleh Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan.

-BERNAMA